Blogger Backgrounds

Pages

Tuesday, May 29, 2012

mr and mrs ^_^


hello guys !!
Hoho..lama xjengah sini ..agak sibuk lah.final projek + mini projek - test X quiz / lab = buat-buat busy .. ngee ^_^
sekarang sibuk ngan keja plak .. adoii..
Bila dah mula rasa bosan,otak pon laju ja nk berangan-angan.aku mmg kuat berangan lah.. :p
Dulu selalu berangan nanak ada doremon..haha..eleh,macam lah orang len tak penah berangan kan(tabiat buruk-suka banding dengan org len ;* )
Kalau ada doremon mesti best
·         Xpayah penat-penat nak jalan sebab ada pintu ajaib.(Agak2 klaw nk p umah bf bole x pkai pintu 2 ? hehe )
·         Xpayah guna duit manyak2 sebab bole mnx kat doremon ja ..
·         Bole suruh doremon bt keja sekolah (PEMALAS ! ^_^)
·         Bole macam2 lah .. (MALAS nak cakap bnyk)
Tp tu dulu la..sekarang ni,berangan nak kawin! (amboi2,ngaji xabeh dh gatai –dialog normal owg yg dh kawin .. hehe)
Kalau ada rezeki,ada jodoh,diizinkan Tuhan,aku nak kawin ngan mr own aku sebab aku sayang dia cgt2 .. :*   ..couple mana xpenah gaduh,tak penah masam muka..tp yg tu lah mnambah kasih syg .. skema lah konon !! :D
“Tak mesej bukan tak rindu ,Tak call bukan tak sayang,Tapi menambah kerinduan”  (kopi pasta punya ayat :D)
Hurmm…hopefully he will be mine forever ..
Cygg b sgt2 .. :* :*
mr & mrs dadu ;)

Sama x muka kita dua? Rmai kata sama . ^_^

Thursday, February 23, 2012

~~ kegilaanku ~~

seronoknya kalau almari kasut aku penuh dengan kasut cantik2 macam nie..nak tgk x ? nak le tue kan2 .. ;))



 i like wedges :*
comel gak nie..bole pakai p kelas ..hee

nanak  nie jugak ... pless :))

wow !! vouge kau .. like3 

Thursday, February 16, 2012

be mine ♥♥♥

hello moto  .. ehh silap ..salam suma
lamanya xsinggah sini .

meh nk story sikit  apa yg aku rasa dan aku nak .

*aku nak cepat2 habeh study
*nak kerja
*nak beli umah
*nak beli keta
*nak buat aset manyak2 (sebab kuat sh0ping .. hee)
*nanak kawen !! ;*
*nanak baby twin n c0mel :D
*nanak penggoncang dadu stay with me for ever  
*nanak mr own be mine ! (suma nanak,tamak !)  
*yang ni tak maw . tak mau kongsi kasih sayang my hubby ngan owg lain .. (bole kan b   )

kalau rasa nak suma tu , usaha la . doa tu yg penting .. 
xsalah bercinta , asalkan ada matlamat hidup . jangan mati sebab cinta oke ..  






Monday, December 12, 2011

^___^

salam suma...

rasa nk update blog lak mlm ni..hehe..tp ada ka org nk bca..hurmm..lantak lah kan..
hidup aku rsa smpurna...dikelilingi oleh org2 yg sgt3 aku sygg...
ada mak,ada abah,kakak n abg yg tak pnah jemu nk bg moral support kat aku.....
n someone yg sgt2 brmakna bg aku...dia x pnah jemu bg aku semangat n plg pnting xpnah kurang ksih syg dia kat aku...tq so much sayangg...
yesss....ni bru btul2 jtuh cinta...huhu....
rindu sgt3 kot,smpai bole trmimpi2..hehe...utg lah aku dpat dia..sbb dia sgt sweet...trasa mcm diawangan..huhu..
mak aku,kwan2 aku ckap,ni hasil suma yg aku rsa dulu... :)
anyway,thanks to GOD give me da person who love me ..
love u so muchh sygg... :*
wait me k.. :))






Sunday, November 27, 2011

MY SWEETHEART

My mom
Suma org syg mak kan….
Even haiwan pon pndai hargai sesama spesis,xkan mnusia xpndai kan..
Kali ni nk wat entry khas utk my lovely mummy…21november lpas besday my mom..xda apa aku mmpu bg.juz kasih syg aku ja utk seorng wanita dah dh bnyk berkorban utk aku adk bradik..terima kasih mak…;(..klaw nnti aku ada krja,dh senang,aku nk blas smua jasa mak aku..even dia xpnah mnx,tp aku nk dia bahagia ada anak mcm kami..
Kami…act aku ja..sbb aku yg slalu bt msalah..sory mak…lpas satu2 msalah aku..tp mak aku xpnah mngeluh,sbaq ja nasihat aku,bg pndapat…aku rasa mak aku bole jd kawan yg terbaik utk aku percaya…
Bodohnya aku rasa klaw manusia xreti hargai mak dia…bila senang,lupa..bila susah,cpa yg dicari..mak jgak kan…harap2 anak aku xmcm tu nnti..hehe..aku kongsi segala2nya with my mom…dgan cpa aku kwan,aku kuaq,aku cpel…(kdg2 ja bt dulu,bru cta..huhu)…

Wednesday, April 20, 2011

p.e.d.o.m.a.n

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA



Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.



Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.



Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.



Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".



Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.



Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.



Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan).